0 cookie(s) ● Sunday, 22 January 2012 ● 20:54
Apabila kepentingan diri menguasai segala-galanya, kepercayaan dan persahabatan dikorbankan untuk mencapai matlamat. Perjuangan , pengorbanana , cinta sejati dan pergolakkan dalam dunia korporat adalah elemen yang menghidupkan drama bersiri terbaru di slot Samarinda berjudul Pelangi Kasih .Membariskan pelakon seperi Nabila Huda , Puteri Sarah , Beto Kushairy , Johan Ariff Asa'ri , drama bersiri 25 episod terbitan Global Station ini mendapatkan sentuhan kreatif Mohamed Feroz kader dan penulis skrip ,Zahirah Hassan.
Ia berkisar Sofea(Nabila Huda) berkawan rapat dengan Azlin(Puteri Sarah) sejak zaman persekolahan walaupun berasal daripada latar belakang keluarga yang berbeza . Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya , Haji Mahmod , Pengerusi Green Global Sdn Bhd , manakala bapa Sofea ialah guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.
Zafrul(Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka , berusia dua tahun lebih tua daripada Sofea dan Azlin, banyak membantu mereka dalam pendidikan menjadi teladan kepada Sofea dan Azlin untuk berjaya .
Selepas tamat pengajian universiti , Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global . Hubungan erat Azlin , Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan menghawini Azlin . Sofea terluka kerana cintanya terhadap Zafrul dipermainkan . Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat , Azlin memberikan jawatan sepatutnya milik Sofea kepada Zafrul . Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus .
Pengenalan Sofea dendan Omar(Johan Asa'ri) yang juga pesaing Green Global menimbulkn rasa tidak senang hati Zafrul. Akhirnya , Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan sikap prihatin Zafrul terhadap Sofea .
Selepas Sofea berkahwin dengan Omar , syarikat Lembayung Delta mlik Omar mengalahkan Green Global untuk mendapatkan tender tanah . Perkembangan syarikat Lembayung Delta yang mengugat kedudukan Green Global menyebabkan Zafrul bertindak melampau untuk 'menghapuskan' meraka dalam dunia korporat .
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari , setiap selasa hingga khamis jam 10.30 malam . Di TV3 .